Thursday, 17 November 2016

Bahan-bahan Kitar Semula

              
  
Kitar semula adalah satu proses pengolahan dari barang lama kepada barangan yang baru. Terdapat banyak bahan yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh bahan yang senang didapati seperti kertas, kaca dan plastik. Berikut adalah satu inisiatif yang telah disediakan untuk memudahkan kita untuk mengitar semula bahan terpakai. Namun bukan semua jenis bahan boleh dimasukkan kedalam tong ini.

Tong biru
Tong bewarna biru dikhaskan untuk barangan kertas. Namun bukan semua jenis kertas yang boleh dimasukkan ke dalam tong ini. Semua jenis kertas bewarna atau tidak bewarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah,kelendar, kad, sampul surat dan kertas kadbod sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tong ini. Kertas-kertas seperti kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak, kertas aluminium, kertas terlapis plastik dan kertas yang kotor tidak boleh diamsukkan kedalam tong ini.

Tong coklat
Tong bewarna coklat dikhususkan untuk barangan kaca. Semua jenis kaca bewarna dan tidak bewarna seperti botol minuman ringan, dulang makanan, botol vitamin, dan botol kosmetik boleh di isi kedalam tong ini.. Jenis-jenis kaca yang tidak boleh dimasukkan adalah seperti kistal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, peralatan makmal, dan botol atau balang bahan toksik.

Tong jingga
Tong bewarna jingga dikhusukan untuk bahan-bahan yang diperbuat daripada plastik dan aluminium. Seperti tong-tong lain juga, tidak semua bahan plastik boleh dimasukkan kedalam tong ini. Bahan yang boleh dimasukkan ialah semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. Untuk bahan plastik, semua jenis plastik bewarna atau tidak bewarna seperti bag plastik membeli-belah botol minuman ringan, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin. Tidak termasuk bekas cat, bekas toksik, peralatan makmal dan bekas styroform.

Sama-sama kita menjaga alam sekitar dengan megamalkan kitar semula. 

Image result for emojiImage result for bumi



1 comment: