Laporan Kelebihan Google Drive
Google drive adalah satu medium untuk menyimpan maklumat-maklumat diatas awan (cloud storage). Namun, masih ramai masyarakat di Malaysia yang tidak mengetahui tentang Google drive. Google drive telah diperkenalkan pada 24, April 2012. Google drive berfungsi sama seperti pendrif yang kebanyakan anda gunakan.
Antara kelebihan Google drive adalah maklumat anda akan lebih selamat berbanding jika disimpan pada hardcopy. Data yang telah disimpan pada Google drive boleh diambil pada bila-bila masa dan dimana jua jika adanya sambungan ke internet. Kesimpulannya, data anda lebih selamat jika berlakunya sebarang kejadian alam seperti banjir, tanah runtuh ataupun kehilangan hardcopy anda.
Selain itu, data yang anda simpan akan lebih terkawal. Kata laluan diperlukan untuk mengakses Google drive. Dengan ini, orang lain tidak dapat mencerobohi privasi anda. Ketetapan kata laluan ditetapkan oleh anda sendiri dan boleh diubah.
Secara kesimplannya, data yang disimpan lebih selamat di Google drive dan Google drive mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan simpanan secara hardcopy.
No comments:
Post a Comment