Guna Semula
Penggunaan semula produk boleh didefinisikan sebagai menggunakan bahan terpakai dengan
mengekalkan bentuk asalnya ataupun dengan mengubah bentuk asalnya. Bekas-bekas
tersebut digunakan sebagai penggantian kepada pembelian produk baru. Secara
tidak lansung, aktiviti guna semula dapat menjimatkan kos pembelanjaan harian.
Dengan menggunakan semula bahan terpakai, kita semua dapat
megurangkan penggunaan bahan asli. Contohnya , penebangan pokok untuk
penghasilan kertas. Selain itu dapat mengurangkan tenaga untuk pengesktrakan,
pemprosesan dan pengankutan. Apa yang penting ialah, guna semula dapat
megurangkan kadar pelepasan carbon dioksida ke atmosfera. Bagaimana ? Semakin
kurang penggunaan plastik, kertas dll, semakin kurang pembakaran yang dihasilkan.
Semakin kurang pembakaran, semakin berkurang kandungan carbon dioksida dalam
udara. Mudah kan.
Bagaimana
Mengaplikasikan Kaedah Guna Semula Dirumah ??
Bak kata pepatah , 'kacang je'. =). Anda tidak perlu
mengupah atau membayar pekerja untuk mengguna semula bahan terpakai anda. Cara yang betul ialah dengan DIY. Apa itu DIY ? Do It Your Self dimana anda menggunakan idea-idea yang kreatif untuk mengguna semula bahan-bahan tersebut dan tidak hanya mengguna secara terus. Mengubah sedikit atau mengubah bentuk asal bahan-bahan membuatkan bahan guna semula anda kelihatan lebih menarik. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan pelbagai idea DIY bahan terpakai di youtube, instgram, facebook dan lain-lain media sosial lagi. Hanya dengan satu 'klik'.
Berikut adalah contoh DIY guna semula bahan yang sangat senang untuk dilakukan.

Menarik kan? Kesimpulanya bahan-bahan berikut jangan lah terus di buang. Berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Selain dapat mengurangkan sisa buangan, anda juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan malah dapat menjana pendapatan lebih dengan hanya berfikiran kreatif. Fikir-fikirkanlah.
Namun begitu, jika anda mempuyai kekangan untuk berbuat demikian, anda boleh mengitar semula bahan-bahan tersebut.
Kitar Semula
Kitar semula? Apa pula kitar semula ? Apa bezanya dengan guna semula ?
Kitar semula ialah proses mengolah bahan buangan untuk menjadi barangan baru. Guna semula ialah mengguana pakai semula bahan buangan samada dalam bentuk asal atau diubah bentuknya. Berbeza kan. Contoh kitar semula adalah seperti kertas yang telah dgunakan diproses menjadi kertas yang baru.
Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemara
air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluarangas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. natar bahan yang boleh dikitar semula ialah kaca, kertas, plastik, tekstil, bahan eletronik dan dan lain-lain.
Cara untuk mengitar semula sangat mudah. Langkah pertama ialah dengan mengasingkan bahan-bahan buangan tersebut mengikut jenis masing-masing. Kemudian masukkan kedalam tong kitar semula yang telah disediakan berdekatan anda. Selain itu, anda juga boleh menghantar terus bahan-bahan buangan tersebut ke syarikat kitar semula berdekatan anda.
Marilah sama-sama kita menjaga alam sekitar. Tidak perlu kempen yang gah untuk menjayakan misi ini ataupun wang yang banyak. Tetapi hanya dengan keperihatinan dan semuannya bermula dengan diri sendiri .
No comments:
Post a Comment