Sunday, 20 November 2016

Kelebihan Google Drive

Sabtu, 20 November 2016
Laporan Kelebihan Google Drive

       Google drive adalah satu medium untuk menyimpan maklumat-maklumat diatas awan (cloud storage).  Namun, masih ramai masyarakat di Malaysia yang tidak mengetahui tentang Google drive. Google drive telah diperkenalkan pada 24, April 2012. Google drive berfungsi sama seperti pendrif yang kebanyakan anda gunakan.

         Antara kelebihan Google drive adalah maklumat anda akan lebih selamat berbanding jika disimpan pada hardcopy.  Data yang telah disimpan pada Google drive boleh diambil pada bila-bila masa dan dimana jua jika adanya sambungan ke internet. Kesimpulannya, data anda lebih selamat jika berlakunya sebarang kejadian alam seperti banjir, tanah runtuh ataupun kehilangan hardcopy anda.

        Selain itu, data yang anda simpan akan lebih terkawal. Kata laluan diperlukan untuk mengakses Google drive. Dengan ini, orang lain tidak dapat mencerobohi privasi anda. Ketetapan kata laluan ditetapkan oleh anda sendiri dan boleh diubah.

          Secara kesimplannya, data yang disimpan lebih selamat di Google drive dan Google drive  mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan simpanan secara hardcopy.

         

Thursday, 17 November 2016

Bahan-bahan Kitar Semula

              
  
Kitar semula adalah satu proses pengolahan dari barang lama kepada barangan yang baru. Terdapat banyak bahan yang boleh dikitar semula. Sebagai contoh bahan yang senang didapati seperti kertas, kaca dan plastik. Berikut adalah satu inisiatif yang telah disediakan untuk memudahkan kita untuk mengitar semula bahan terpakai. Namun bukan semua jenis bahan boleh dimasukkan kedalam tong ini.

Tong biru
Tong bewarna biru dikhaskan untuk barangan kertas. Namun bukan semua jenis kertas yang boleh dimasukkan ke dalam tong ini. Semua jenis kertas bewarna atau tidak bewarna seperti akhbar, majalah, buku, helaian kertas katalog, risalah,kelendar, kad, sampul surat dan kertas kadbod sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tong ini. Kertas-kertas seperti kertas tisu, kertas karbon, kertas minyak, kertas aluminium, kertas terlapis plastik dan kertas yang kotor tidak boleh diamsukkan kedalam tong ini.

Tong coklat
Tong bewarna coklat dikhususkan untuk barangan kaca. Semua jenis kaca bewarna dan tidak bewarna seperti botol minuman ringan, dulang makanan, botol vitamin, dan botol kosmetik boleh di isi kedalam tong ini.. Jenis-jenis kaca yang tidak boleh dimasukkan adalah seperti kistal, cermin, cermin tingkap, skrin kenderaan, porselin, seramik, peralatan makmal, dan botol atau balang bahan toksik.

Tong jingga
Tong bewarna jingga dikhusukan untuk bahan-bahan yang diperbuat daripada plastik dan aluminium. Seperti tong-tong lain juga, tidak semua bahan plastik boleh dimasukkan kedalam tong ini. Bahan yang boleh dimasukkan ialah semua jenis aluminium dan tin keluli seperti tin minuman ringan dan bekas makanan. Untuk bahan plastik, semua jenis plastik bewarna atau tidak bewarna seperti bag plastik membeli-belah botol minuman ringan, botol air mineral, bekas makanan, botol cecair pencuci dan botol vitamin. Tidak termasuk bekas cat, bekas toksik, peralatan makmal dan bekas styroform.

Sama-sama kita menjaga alam sekitar dengan megamalkan kitar semula. 

Image result for emojiImage result for bumi



Wednesday, 16 November 2016

Aktiviti Kitar Semula


Guna Semula

Penggunaan semula produk boleh didefinisikan  sebagai menggunakan bahan terpakai dengan mengekalkan bentuk asalnya ataupun dengan mengubah bentuk asalnya. Bekas-bekas tersebut digunakan sebagai penggantian kepada pembelian produk baru. Secara tidak lansung, aktiviti guna semula dapat menjimatkan kos pembelanjaan harian.

Dengan menggunakan semula bahan terpakai, kita semua dapat megurangkan penggunaan bahan asli. Contohnya , penebangan pokok untuk penghasilan kertas. Selain itu dapat mengurangkan tenaga untuk pengesktrakan, pemprosesan dan pengankutan. Apa yang penting ialah, guna semula dapat megurangkan kadar pelepasan carbon dioksida ke atmosfera. Bagaimana ? Semakin kurang penggunaan plastik, kertas dll, semakin kurang pembakaran yang dihasilkan. Semakin kurang pembakaran, semakin berkurang kandungan carbon dioksida dalam udara. Mudah kan.

 Bagaimana Mengaplikasikan Kaedah Guna Semula Dirumah ??

Bak kata pepatah , 'kacang je'. =). Anda tidak perlu mengupah atau membayar pekerja untuk mengguna semula bahan terpakai anda. Cara yang betul ialah dengan DIY. Apa itu DIY ? Do It Your Self dimana anda menggunakan idea-idea yang kreatif untuk mengguna semula bahan-bahan tersebut dan tidak hanya mengguna secara terus. Mengubah sedikit atau mengubah bentuk asal bahan-bahan membuatkan bahan guna semula anda kelihatan lebih menarik. Untuk pengetahuan anda, anda boleh mendapatkan pelbagai idea DIY bahan terpakai di youtube, instgram, facebook dan lain-lain media sosial lagi. Hanya dengan satu 'klik'.

Berikut adalah contoh DIY guna semula bahan yang sangat senang untuk dilakukan.





 

Menarik kan? Kesimpulanya bahan-bahan berikut jangan lah terus di buang. Berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Selain dapat mengurangkan sisa buangan, anda juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan malah dapat menjana pendapatan lebih dengan hanya berfikiran kreatif. Fikir-fikirkanlah. 
Namun begitu, jika anda mempuyai kekangan untuk berbuat demikian, anda boleh mengitar semula bahan-bahan tersebut.

Kitar Semula 

Kitar semula? Apa pula kitar semula ? Apa bezanya dengan guna semula ? 
Kitar semula ialah proses mengolah bahan buangan untuk menjadi barangan baru. Guna semula ialah mengguana pakai semula bahan buangan samada dalam bentuk asal atau diubah bentuknya. Berbeza kan. Contoh kitar semula adalah seperti kertas yang telah dgunakan diproses menjadi kertas yang baru. 

Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemara
air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluarangas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. natar bahan yang boleh dikitar semula ialah kaca, kertas, plastik, tekstil, bahan eletronik dan dan lain-lain. 

Cara untuk mengitar semula sangat mudah. Langkah pertama ialah dengan mengasingkan bahan-bahan buangan tersebut mengikut jenis masing-masing. Kemudian masukkan kedalam tong kitar semula yang telah disediakan berdekatan anda. Selain itu, anda juga boleh menghantar terus bahan-bahan buangan tersebut ke syarikat kitar semula berdekatan anda.


Marilah sama-sama kita menjaga alam sekitar. Tidak perlu kempen yang gah untuk menjayakan misi ini ataupun wang yang banyak. Tetapi hanya dengan keperihatinan dan semuannya bermula dengan diri sendiri .